- Kerjasama diantara Ahli-ahli koperasi
- Kerjasama diantara Pengguna dengan Peniaga Melayu
- Kerjasama diantara Peniaga dengan Peniaga Melayu
LATARBELAKANG PENUBUHAN KOPERASI
Walaupun negara secara polititiknya dikuasai oleh orang Melayu, kita masih berhadapan dengan dilema, cabaran dan ancaman tidak kira sama ada ancaman dalaman mahupun ancaman luaran. Sebagai orang Melayu beragama Islam masa kini, kita tidak boleh leka dan alpa kerana semua ini akan menghancurkan orang Melayu atas ketiadak sedaran diri sendiri. Berikut adalah sebahagian dari senario yang boleh kita lihat dan fahami bersama dengan jelas:
- Bilangan usahawan Melayu didalam bidang percuntian dan usahaniaga semakin merosot berbanding dengan kaum lain.
- Kerjayaan kaum lain didalam bidang ekonomi salah satunya adalah disebabkan oleh kerjasama diantara mereka, yang mana ini tidak wujud dikalangan orang Melayu.
- Pertumbuhan pasaraya yang terlalu banyak, tanpa sekatan dari pihak tertentu telah menjejaskan dengan teruk peniagaan peruncitan orang Melayu.
- Sikap dan kelemahan orang Melayu sendiri telah menyebabkan ekonomi dikuasi oleh bangsa asing.
Koperasi ini adalah satu lagi pertubuhan kerjasama ekonomi selain dari beratus-ratus koperasi Melayu yang sedia ada di Malaysia ini.
Sila layari laman web untuk mendapatkan informasi yang terkini http://sites.google.com/site/kmbjbbcoop

Tiada ulasan:
Catat Ulasan