Permohonan Menjadi ahli
Permohonan menjadi anggota hendaklah di buat dalam borang rasmi koperasi dan di alamatkan kepada Setiausaha Koperasi.
Caruman Anggota
Ketogori keahlian terbahagi kepada 2 ketogori iaitu pengguna dan usahawan. Usahawan adalah termasuk sebarang usaha niaga seperti dalam bidang peruncitan, pengeluran, perkhidmatan, pengedaran dan lain-lain. Caruman bagi ketogori ini adalah RM 50. Manakala caruman bagi ketogori pengguna ialah minimum RM 20.
Syer Anggota
Syer minima RM 300.
KEANGGOTAAN KOPERASI BUMIPUTERA BERSATU JOHOR BAHRU BERHAD
Keanggotaan KBBJBB adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berbangsa Melayu Islam sahaja. Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.
KBBJBB diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pinjaman dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.